Aktiviti pencerobohan sudah diambil tindakan

Masa Membaca:49 Saat

DURIAN TUNGGAL 28 Mac – Tindakan dan penyelesaian sudah dijalankan oleh Badan Kawal Selia Air (BKSA) Melaka dalam menyelesaikan aktiviti pencerobohan tanah rizab kerajaan berhampiran empangan Durian Tunggal, di sini.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, hasil lawatan kerja bersama Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri dan BKSA sendiri, mendapati tindakan penguatkuasaan sudah dilakukan.

Beliau berkata, lawatan kerja itu adalah bagi melengkapkan Sampul Kecil Pemeriksaan (SKP) berkaitan dengan dasar dan undang-undang dibawah Enakmen Sumber Air (Negeri Melaka) 2014.

“Lawatan ini bagi memeriksa tindakan yang dilakukan oleh BKSA dan segala tindakan sudah diambil serta kerjasama diberikan dengan baik.

“Malah lawatan ini juga dilakukan selepas dijalankan sesi pemeriksaan dan perundingan susulan laporan akhbar yang dikeluarkan (aktiviti pencerobohan),” katanya selepas mengadakan lawatan berkenaan hari ini.

Beliau berkata, Program Lawatan Kerja Ke Empangan Durian Tunggal itu, turut disertai Ketua Unit Integriti Jabatan Ketua Menteri Shaifulfazlee Mohamad dan juga Unit Pemeriksaan dan Perundingan SPRM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1202
Kongsi :
Previous post Tiga kadar bayaran zakat fitrah di Melaka
Next post IPPT dijadikan Pusat Perubatan USM untuk rawatan pelbagai kanser
Ubah saiz-+=