
DUN TABOH NANING: Pembaikan Jalan Lubuk Kepong dijangka siap sebelum Ramadan
TABOH NANING 28 Mac – Jalan Lubuk Kepong iaitu laluan masuk utama ke Kampung Melekek Dalam yang mengalami kerosakan akibat banjir besar melanda kawasan itu hujung tahun lalu dibaiki menggunakan peruntukan berjumlah RM50,000.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taboh Naning Zulkiflee Mohd Zin berkata, bajet untuk membaiki jalan berkenaan diluluskan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
“Kerja pembaikan membabitkan laluan sepanjang 300 meter yang terhakis akibat banjir, keadaan semakin serius berikutan ada lokasi yang mengalami mendapan.
“Bagi menjamin keselamatan orang ramai dan mengelakkan kejadian tidak diingini selain kerosakan bertambah serius laluan berkenaan dibaiki segera,” katanya.
Terdahulu beliau berkata, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Melekak Dalam melakukan tinjauan di kawasan terjejas pada 25 Mac lalu.
Zulkiflee berkata, kontraktor juga sudah dilantik dan pihaknya berharap kerja pembaikan itu dapat disiapkan sebelum Ramadan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
