Bufet Ramadan di hotel biar berpatutan – Sulaiman

Masa Membaca:48 Saat

AYER KEROH 28 Mac – Kerajaan negeri menasihatkan kepada semua pemain industri perhotelan mahupun katering supaya menawarkan harga berpatutan bagi pakej Ramadan masing-masing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menjalankan pemantauan bagi mengawal isu itu.

“Kita mohon pihak hotel menawarkan harga mampu milik buat orang ramai dan tidak perlu melihat pada nilai harga yang tinggi.

“Pihak hotel perlu melihat nilai ‘volume’ itu sendiri kerana jika harga ditawarkan murah mungkin ramai akan datang dan Insyallah mereka boleh dapat keuntungan.

“Kalau dinaikkan harga yang tinggi orang takkan datang jadi lebih elok kekalkan harga yang sebelum ini” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ley Park Station di Dataran Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1179
Kongsi :
Previous post KPDNHEP jamin siasat kenaikan harga barang terperinci
Next post Belerang tidak jejaskan hidupan laut
Ubah saiz-+=