Sorting by

×

Kerajaan pastikan PKS terus berkembang – PM

Masa Membaca:2 Minit, 10 Saat

Perdana Menteri berkata kerajaan berusaha memastikan usahawan Keluarga Malaysia dapat mengembangkan perniagaan dan perusahaan antaranya melalui program Semarak Niaga dengan dana berbilion ringgit untuk membantu mereka memperoleh pembiayaan bagi meluaskan perniagaan.

Selain itu, Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional menawarkan pinjaman sehingga RM10,000 tanpa faedah dan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dengan saiz dana untuk program ini sahaja berjumlah RM200 juta.

“Agrobank pula menawarkan pinjaman sehingga RM75,000 tanpa faedah berserta kemudahan moratorium selama enam bulan.

“SME Bank menawarkan pinjaman sehingga RM10 juta di bawah skim IBS Promotion Fund 2.0 dan RM1 juta di bawah Program Pembiayaan Usahawan Muda 2.0. Secara kolektif, saiz dana untuk kedua-dua skim ini berjumlah RM300 juta,” katanya.

Ismail Sabri berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, yang merupakan nadi kepada usahawan, memainkan peranan besar untuk memastikan semua inisiatif kerajaan dapat membantu golongan itu.

Perdana Menteri berharap usahawan menguasai teknologi baharu khususnya pendigitalan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan dan ia juga membantu produk luar bandar menembusi pasaran lebih luas.

Bagi mencapai hasrat itu, beliau berkata kerjasama strategik antara usahawan dengan agensi kerajaan perlu dieratkan supaya setiap inisiatif dapat dilaksanakan.

Pada masa sama, Ismail Sabri juga berharap usahawan di bawah naungan Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia (DPUKM) terus berusaha dan memberi komitmen dalam bidang perniagaan untuk terus maju.

Beliau berkata ini kerana golongan usahawan mempunyai peranan yang sangat besar untuk memastikan negara terus makmur dengan ekonomi berkembang lebih pantas.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi HUN Datuk Seri Abu Hasan Mohd Nor.

HUN 2022 dianjurkan buat julung kali oleh DPUKM dan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac.

— BERNAMA

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1440
Kongsi :
Previous post Anggota polis maut, gagal elak lori
Next post Projek river lights platform kebangkitan semula artis seni visual, pencahayaan
Ubah saiz-+=