
Muhyiddin usul bantuan JKM dinaikkan ke RM1,000
SANDAKAN, 30 Ogos – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan agar bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang pada masa ini berjumlah antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkkan ke RM1,000.
Katanya cadangan itu akan beliau kemukakan pada mesyuarat jemaah menteri minggu depan.
“Saya tahu cakap (kenyataan) saya ini mempunyai implikasi besar, but I don’t care (tapi saya tidak peduli).
“What is important is the livelihood of our people down there (Yang penting ialah mata pencarian rakyat di akar umbi) … they have suffered for a long time (mereka menderita sejak sekian lama),” katanya pada majlis perjumpaan bersama pimpinan masyarakat, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.
Beliau juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara telah lama merdeka.
“Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.
“Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera,” katanya.
Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah, bermula semalam. – BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
RM2.5 JUTA DIPERUNTUKKAN UNTUK DANA KASIH NIAGA
SERI NEGERI 29 April - Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri di bawah Dana Kasih Niaga sejak 2021 sehingga 2023...
SAMB LAKSANA KERJA GANTIAN PAIP USANG DI SUNGAI UDANG
SERI NEGERI 29 April - Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan melaksanakan kerja-kerja menaik taraf sistem retikulasi di Sungai Udang...
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...