3,238 graduan dirai dalam Majlis Idul Ilmi Konvo Unisza dari 27 – 30 Mac
KUALA NERUS, 23 Mac – Seramai 3,238 graduan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan diraikan dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen ke-13 UniSZA, yang akan berlangsung pada 27 hingga 30 Mac ini di kampus Gong Badak, di sini.
UniSZA dalam satu kenyataan memaklumkan seramai 107 graduan akan dianugerahkan Doktor Falsafah dan 84 graduan pula dianugerahkan Sarjana Sains dan Sarjana Sastera.
“Bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda (ISM), seramai 1,753 graduan akan menerima ISM yang membabitkan 10 fakulti di UniSZA, manakala graduan yang akan dianugerahkan Diploma adalah seramai 1,152 orang daripada lapan fakulti di UniSZA.
“Pada majlis itu juga, dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja akan menerima wang tunai sebanyak RM7,500, sijil dan pingat bersadur emas bernilai RM 1,000,” menurut kenyataan itu.
Sebanyak lapan sidang akan berlangsung sepanjang konvokesyen itu dan akan disempurnakan oleh Pro-Canselor UniSZA Tan Sri Dr Mohamad Yusof Mohamed Nor.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MENARA TAMING SARI SASAR 800,000 PENGUNJUNG
BANDA HILIR 6 Januari - Menara Taming Sari yang menyajikan permandangan 360 darjah sekitar bandar Melaka menyasarkan 800,000 pengunjung tahun...
APA YANG ‘BEST’ BILA LARUT MALAM DI SUNGAI MELAKA?
BANDARAYA MELAKA 6 Januari - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi pada 2025 dalam merancakkan sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025...
RAKYAT KUALA LINGGI PUJI INISIATIF W.R.U.R CETUSAN IDEA KETUA MENTERI
KUALA LINGGI 5 Januari - Inisiatif Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
ZOO MELAKA WAKTU MALAM LEBIH MENGUJAKAN – PENGUNJUNG
AYER KEROH 5 Januari - Suasana pada waktu malam di Zoo Melaka 'Night Safari' lebih seronok dan mengujakan untuk dikunjungi...
KENDURI RAKYAT W.R.U.R KUALA LINGGI TUMBANG 2 EKOR LEMBU
KUALA LINGGI 6 Januari - Kira-kira 10,000 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi dijangka akan memeriahkan kenduri rakyat pada...
W.R.U.R: KAMI DATANG UNTUK RAKYAT
KUALA LINGGI 5 Januari - Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) diseru untuk hadir memeriahkan pelbagai program yang diadakan selama...