Sorting by

×

Laporan bedah siasat mayat wanita dalam gaung dihantar ke Jabatan Kimia

Masa Membaca:39 Saat

SEREMBAN, 22 Mac – Laporan bedah siasat mayat seorang wanita yang ditemukan dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, Ahad lepas telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian wanita itu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata identiti wanita itu sukar dikenal pasti berikutan keadaan mayatnya yang mereput.

“Spesimen mayat terbabit dihantar ke Jabatan Kimia dan laporan penuh akan diperoleh selepas Jabatan Kimia menyiapkan analisis forensik,” katanya yang dihubungi hari ini.

Nanda berkata setakat ini polis juga tidak menerima sebarang laporan kes orang hilang.

Sebelum ini, media melaporkan mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam keadaan tertiarap di dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus dekat sini, Ahad lepas.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

781
Kongsi :
Previous post APMM gagalkan cubaan seludup masuk ganja bernilai RM2.2 juta
Next post Rasuah projek MRT: Tiga pengarah, dua bekas pengarah syarikat kejuruteraan ditahan
Ubah saiz-+=