
Kesihatan Hadi Awang semakin baik – Anak
KUALA TERENGGANU, 22 Mac – Keadaan kesihatan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang telah disahkan positif COVID-19 Ahad lepas, kini semakin baik.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil, yang juga anak Abdul Hadi, berkata Ahli Parlimen Marang itu sedang menjalani kuarantin di kediamannya selama tujuh hari.
“Baru malam tadi saya bercakap dengan beliau (Abdul Hadi), keadaannya semakin baik, demam pun semakin sembuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.
Muhammad Khalil berkata bapanya yang berusia 75 tahun hanya mengalami gejala ringan, iaitu demam, batuk dan selesema.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...