OKU maut dilanggar ketika berbasikal

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ALOR GAJAH 21 Mac – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut selepas basikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dari arah belakang di Jalan Kemuning, Pulau Sebang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9 pagi pada Sabtu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa, Nai Choon Seong, 41, menunggang basikal dari arah Pulau Sebang menghala Hutan Percha-Gemencheh.

Katanya, ketika dalam perjalanan, mangsa dilanggar dari belakang oleh kereta yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun dari arah yang sama.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta jenis Proton Iswara berwarna kelabu itu hilang kawalan sebelum melanggar mangsa sehingga terbabas ke tengah jalan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus selepas kemalangan pagi itu bagi mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun pada jam 7.15 petang Sabtu, kita menerima panggilan dari Hospital Melaka memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan dan terdapat kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu

Mengulas lanjut, Arshad berkata, semakan mendapati mangsa mempunyai kad OKU dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

916
Kongsi :
Previous post Polis siasat kereta mewah halang lalu lintas
Next post Kenaikan gaji minimum penjawat awam perlu dikaji secara menyeluruh
Ubah saiz-+=