
Lebih 9,000 penduduk dipindahkan dari Ukraine dalam tempoh 24 jam
ANKARA, 19 Mac – Seramai 9,145 orang dipindahkan melalui koridor kemanusiaan di Ukraine dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor media Ukraine lewat Jumaat.
Sembilan koridor bantuan kemanusiaan dibuka pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik agensi berita negara Ukrinform.
“Seramai 4,972 orang, termasuk 1,124 kanak-kanak, dipindahkan dari tenggara wilayah Mariupol ke bandar tenggara Zaporizhia,” kata Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine Kyrylo Tymoshenko dalam Telegram.
Sementara itu, 4,173 orang dipindahkan dari Wilayah Sumy, tambahnya.
Perang Rusia-Ukraine, yang bermula pada 24 Feb, mengundang kecaman antarabangsa, membawa kepada sekatan kewangan ke atas Moscow dan mendorong firma global menarik diri dari Rusia.
Sekurang-kurangnya 816 orang awam terbunuh dan 1,333 cedera di Ukraine sejak perang bermula, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menyatakan angka itu mungkin lebih tinggi.
Lebih 3.27 juta orang juga melarikan diri ke negara jiran, kata agensi pelarian PBB.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...