Liga Premier : Aksi Kuching FC pula ditunda
KUALA LUMPUR, 18 Mac – Dua perlawanan melibatkan pasukan Liga Premier, Kuching City FC terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan penularan wabak COVID-19 membabitkan 18 pemain dan pegawai skuad dari Sarawak itu.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dua aksi Kuching City yang ditunda itu adalah melibatkan perlawanan pembukaan menentang Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching esok serta Selangor FC 2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 27 Mac ini.
“MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai Kuching City FC yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini beberapa perlawanan Liga Super, Liga Premier dan Piala FA terpaksa dibatalkan sejak awal bulan ini apabila pemain dan pegawai pasukan dijangkiti wabak berkenaan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MAYAT LELAKI DALAM BAGASI DISYAKI WARGA ASING – POLIS
KUALA LUMPUR 11 Disember - Mayat lelaki yang ditemukan dalam sebuah bagasi di Cheras Perdana, Bandar Tun Hussein Onn, Kajang...
CABARAN JORAN MELAKA TAWAR HADIAH RM30K
AYER KEROH 11 Disember - Kaki pancing dipelawa untuk menyertai Cabaran Joran Melaka yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah...
ROTI CANAI, TEH TARIK 50 SEN DI RESTORAN HABEEB SULTAN
BUKIT BARU 11 Disember - Cuma belanja RM1, pelanggan berkunjung ke Restoran Habeeb Sultan, Bukit Baru boleh menikmati teh tarik...
51 LAPORAN PENIPUAN FOREX LIBATKAN KERUGIAN LEBIH RM12 JUTA
KUALA LUMPUR 11 Disember - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima 51 laporan polis berhubung skim penipuan pelaburan...
POLIS CARI PELANCONG CHINA YANG HILANG DI KLCC SEJAK AHAD
KUALA LUMPUR 11 Disember - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang pelancong warga China yang dilaporkan hilang sejak...
SUMBANGAN MAKMURKAN MADRASAH
AYER KEROH 11 Disember - Kemudahan bagi keselesaan orang ramai di institusi ilmu dan ibadat di negeri ini turut mendapat...