
TYT dan 700 jemaah hadiri sambutan malam Nisfu Syaaban
AYER KEROH 17 Mac – Kira- kira 700 jemaah menghadiri Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban peringkat negeri Melaka 1443 Hijrah di Masjid Al- Alami, MITC, hari ini.
Majlis tersebut turut dihadiri Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam yang tiba pada jam 7.15 malam tadi.
Hadir sama, Mufti negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat.

Dalam majlis berkenaan, solat berjemaah Maghrib dan Isyak dipimpin oleh Imam 1 Masjid Al Alami, Ariff Rahimi Md Sakih.
Turut diadakan majlis bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Mufti negeri.
Dalam majlis sama, tazkirah Maghrib bertajuk ‘Nisfu Syaaban, Keharuman Yang Dicari’ disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Wakaf Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Redwan Yasin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...
TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0 DILANCARKAN HUJUNG TAHUN INI
AYER KEROH 17 April - Kerajaan Negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2.0 pada 31 Disember depan, kata Ketua...
MAIM SEDIA SUMBANGAN UNTUK MUALAF MELAKA TUNAI HAJI
KESIDANG 17 April - Mualaf di Negeri Melaka yang terpilih menunaikan ibadah haji pada tahun ini dipelawa memohon Sumbangan Menunaikan...