Sorting by

×

Futsal wanita Melaka ‘mengamuk’ belasah KL 26-0

Masa Membaca:51 Saat

SHAH ALAM 17 Mac – Skuad futsal wanita Melaka seakan-akan mengamuk apabila membelasah Kuala Lumpur 26-0 dalam aksi Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) 2022 (Wanita) sebentar tadi.

Dalam aksi di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam itu, Siti Asnidah muncul penjaring terbanyak Melaka dengan menjaringkan tujuh gol pada minit ke 2, 16, 17, 18, 26 dan dua gol pada minit ke-34.

Selain itu, enam gol pula dijaringkan Intan Sarah Anisah pada minit ke-11, 14, 25, 27 dan dua gol pada minit ke-35.

Manakala, Nur Syafiqah menyumbang empat gol buat Melaka iaitu masing-masing dua gol pada minit ke-3 dan 15, diikuti tiga gol oleh Nurul Nadia (Minit ke-4, 5 dan 39).

Turut mencatat nama sebagai penjaring ialah Nur Mecca Rania (17′ dan 18′), Hanis Farhana (1′), Jaciah Jumilis (7′), Syafiqa Irisya (8′) dan Hanani Adriana (10′).

Kecemerlangan itu nyata menyuntik semangat skuad futsal wanita Melaka yang tewas buat pertama kali di tangan Selangor MBSJ 1-2, semalam.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2352
Kongsi :
Previous post Tujuh terbabit aktiviti curi kabel telekom ditahan
Next post Terima kasih JKR’ – penduduk RCK
Ubah saiz-+=