
COVID-19: Korea Selatan rekod 600,000 kes semalam
SEOUL, 17 Mac – Korea Selatan terus menyaksikan peningkatan kes COVID-19 iaitu 621,328, pada tengah malam Rabu, angka tertinggi setakat ini dan jumlah kumulatif mencecah 8,250,592 kes, lapor Xinhua.
Angka kes harian meningkat secara mendadak berbanding hari sebelumnya iaitu 400,711, menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA).
Peningkatan kes didorong oleh penularan wabak varian Omicron kebanyakkannya di kawasan metropolitan Seoul, Gyeonggi dan Incheon.
Sementara itu, individu mengalami gejala serius berjumlah 1,159, turun 85 berbanding hari sebelumnya.
Sebanyak 429 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah korban setakat ini 11,481 orang dengan kadar kematian 0.14 peratus.
Seramai 86.6 peratus penduduk Korea Selatan atau 44,443,726 individu sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19.
Jumlah mereka yang menerima dos penggalak pula seramai 32,185,393 atau 62.7 peratus.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...
DENTUMAN ‘MANTERA’ MANA LAGI, MELAKA LER
SERI NEGERI 15 April - Tahun Melawat Melaka (TMM) yang bermula pada 2024 yang lalu telah menyaksikan sektor pelancongan Melaka...
WRUR: KAEDAH BAHARU MERAKYATKAN PENTADBIRAN MELAKA
SERI NEGERI 15 April - Dalam mengharmonikan masyarakat dan menyantuni denyut nadi rakyat, Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Ketua Menteri...
‘KUASA’ KEBERANIAN, IDEA DI LUAR KOTAK AB RAUF YUSOH
SERI NEGERI 15 April - Tanggal 31 Mac 2025, genap dua tahun Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh diberi amanah...
PIDATO RUKUN NEGARA PIALA TYT MELAKA SASAR LEBIH 4,000 PENYERTAAN
SERI NEGERI 15 April - Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka...
WARGA EMAS MAUT DILANGGAR KERETA KETIKA LINTAS JALAN
BUKIT KATIL 15 April - Warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Penghulu Jaabar, di...