COVID-19: 214 kes baharu kategori tiga hingga lima – Noor Hisham
KUALA LUMPUR, 17 Mac – Sebanyak 214 daripada 28,298 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam melibatkan kategori tiga hingga lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata baki 28,084 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, sekali gus menjadikan kumulatif kes positif COVID-19 negara berjumlah 3,900,433.
āSementara itu, 33,009 kes sembuh dilaporkan semalam menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3,567,003Ā kes,āĀ katanyaĀ dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata daripada 214 kes COVID-19 kategori tiga hingga lima itu, 56Ā kes melibatkan individu tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi manakala 101Ā kes telah menerima duaĀ dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak.
āSebanyak 57 kes telah menerima dos penggalak manakala 119Ā kes berumur 60 tahun dan ke atas serta 82Ā kes mempunyai komorbid,ā katanya.
Beliau berkata 1,743Ā kes COVID-19 dimasukkan ke hospital semalam, melibatkan 743 kes kategori tiga hingga lima dan 1,000Ā kes kategori satu dan dua.
Katanya 374Ā kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 233Ā kes memerlukan bantuan pernafasan.
Mengenai penggunaan katil kes kritikal atau ICU, Dr Noor Hisham berkata antaraĀ negeri menunjukkan pengisian 50 peratus atau lebih ialahĀ Kelantan (76Ā peratus),Ā Kuala Lumpur (70Ā peratus), Johor (69 peratus),Ā Putrajaya (65Ā peratus), PerakĀ (64Ā peratus), Selangor (62 peratus) dan Sarawak (61 peratus).
Beliau berkata nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 negara kini ialah 0.96Ā dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialahĀ Sarawak dengan 1.15.
Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.13), Terengganu (1.07), Negeri Sembilan (1.06), manakalaĀ Perak, Putrajaya dan Johor (1.03).Ā Pulau Pinang, Selangor dan Melaka masing-masingĀ (1.02).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.