Sorting by

×

150 pegawai, anggota PDRM pantau bazar Ramadan Melaka

Masa Membaca:42 Saat

BANDA HILIR 17 Mac – Seramai 150 pegawai dan anggota polis akan menjalankan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh pasar dan bazar Ramadan di negeri.

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, langkah itu diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai pematuhan SOP ditetapkan seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

“Jumlah sebenar kekuatan pegawai dan anggota di setiap lokasi hanya akan diketahui selepas perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan.

“Walaupun begitu secara keseluruhan kita akan gerakkan seramai 150 orang ke lapangan bagi menjalankan pemantauan pematuhan SOP,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Emergency Panic Button di Jonker Walk, semalam.

Menurut beliau, walaupun negara akan beralih ke fasa peralihan endemik pada April namun pematuhan SOP masih perlu dipatuhi orang ramai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

865
Kongsi :
Previous post Projek penternakan ikan dalam sangkar diteruskan
Next post MBMB luluskan 2,512 tapak gerai bazar Aidilfitri dan pasar Ramadan
Ubah saiz-+=