Sulaiman mahu erat hubungan Melaka-Johor di bawah kepimpinan MB baharu

Masa Membaca:48 Saat

MELAKA 16 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini, merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19.

Beliau mewakili suara Kerajaan Negeri Melaka berharap jalinan kerjasama erat di antara Melaka dan Johor sebagai sebuah negeri berjiran dapat dipereratkan bersama kepimpinan baharu itu nanti.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Melaka, saya mengucapkan tahniah kepada YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19.

“Tentunya, sebagai sebuah negeri berjiran, saya berharap dapat menjalinkan hubungan lebih akrab antara Negeri Melaka dan Negeri Johor, khususnya dengan kepimpinan kerajaan yang baharu dibentuk ini kelak.

“Diharapkan dengan pimpinan baharu ini akan membawa lebih kemajuan dan kemakmuran buat rakyat, khususnya dengan mandat baharu diterima Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor, baru-baru ini.

“Tahniah sekali lagi kepada YAB Datuk Onn Hafiz,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2787
Kongsi :
Previous post Malaysia sertai prosiding mengenai MH17
Next post Melaka Gateway bakal jadi ‘pintu’ pelaburan Asia
Ubah saiz-+=