Onn Hafiz mulakan tugas sebagai Menteri Besar
ISKANDAR PUTERI, 16 Mac – Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini hari ini.
Kenderaan membawa Menteri Besar Johor ke-19 itu tiba di pekarangan bangunan berkenaan pada 10.05 pagi dan ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani.
Sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4, Onn Hafiz yang mengenakan sut serba hitam mengaminkan bacaan doa dan melakukan simbolik menandatangani surat untuk memulakan tugas rasminya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lepas, Onn Hafiz, 43, memenangi pertandingan empat penjuru menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional, R. Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543.
Barisan Nasional memenangi PRN Johor dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti, memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KES HILANG MYKAD LEBIH TIGA KALI DI MELAKA MENINGKAT
AYER KEROH 27 November - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka merekodkan sebanyak 370 kes kehilangan kad pengenalan MyKad tiga...
KUTIPAN ZAKAT PERNIAGAAN DI MELAKA MENINGKAT
MACHAP JAYA 27 November - Prestasi kutipan zakat perniagaan di Melaka menunjukkan peningkatan apabila merekodkan kenaikan kira-kira lapan peratus pada...
5,500 PESERTA PROMOSI TRADISI MELAKA MELALUI LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONG KITA 2024
KUALA LUMPUR, 27 Nov - Lebih 5,500 peserta dijangka memeriahkan Larian Budaya Antarabangsa Duyong Kita 2024 yang diadakan bersempena dengan...
MELAKA NEGERI PERTAMA PERKENAL MODUL TERAPI MEMANCING ‘FISH ON’
MERLIMAU 27 November - Pusat Kokurikulum Melaka mencipta sejarah apabila menjadi yang pertama di Malaysia memperkenalkan Modul Terapi Memancing 'Fish...
JKR MELAKA KENAL PASTI 4 JALAN ‘HOTSPOT’ BANJIR KILAT
AYER KEROH 27 November - Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka telah mengenal pasti empat jalan 'hotspot' banjir kilat di negeri...
PSSGM ANGKAT MARTABAT SENI, SUKAN SILAT DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 27 November - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Pertabalan Sandang Kebesaran...