
Tiada kesan tumpahan minyak di Pantai Cermin, Port Dickson
SEREMBAN, 16 Mac – Tiada kesan tumpahan minyak di sepanjang Pantai Cermin, Port Dickson, dekat sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan.
Beliau berkata pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah memeriksa keadaan air laut di sepanjang Pantai Cermin dan mendapati hanya kesan habuk kayu bakau ditemukan di beberapa bahagian sekitar pantai itu.
“Pasukan penyiasat turut melakukan tinjauan secara fizikal di kawasan paya bakau. Kesan tumpahan atau tompokan minyak tidak ditemui di sekitar kawasan paya bakau tersebut.
“Berdasarkan carian di sistem Geospas dan Google Maps, lokasi kejadian melibatkan sempadan Negeri Sembilan dan Melaka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata JAS negeri akan terus melakukan pemantauan fizikal keadaan air di sepanjang pantai dan kawasan paya bakau selain memantau kawasan Pantai Cermin dari semasa ke semasa.
Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan Pantai Cermin di Port Dickson itu masih dicemari tompokan minyak akibat kejadian tumpahan minyak di pantai berkenaan setahun lepas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WARGA EMAS MAUT, RAKAN PATAH PAHA MOTOSIKAL BERTEMBUNG KERETA
RIM 22 April - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunganggnya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dalam kejadian di...
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...