Sorting by

×

Polis potong elektrik premis judi dalam talian

Masa Membaca:44 Saat

AYER KEROH 28 Ogos – Polis negeri ini bertindak memotong bekalan elektrik di tujuh premis dipercayai terbabit dalam judi dalam talian di sekitar Melaka Tengah, di sini, semalam.

Tindakan pemotongan itu dilakukan sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam Op Dadu antara jam 10 pagi hingga 5 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata, kesemua premis itu dipercayai terbabit dalam kegiatan judi dalam talian.

“Ada diantara premis itu yang berselindung sebalik kedai makan dan serbaneka.

“Premis ini disyaki menjalankan aktiviti perjudian tambah nilai kad prabayar,” katanya.

Menurut beliau, tindakan ini diambil bagi memastikan aktiviti perjudian di negeri Melaka khususnya dapat dibanteras.

“Sehingga kini, sebanyak 33 premis sudah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.

Views:

296
Kongsi :
Previous post PM sampaikan amanat khas mengenai PKPP 8 malam ini
Next post 88 individu ditahan kerana ingkar arahan PKPP – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=