Isteri Nik Muhammad Zawawi meninggal dunia
PASIR PUTEH, 15 Mac – Isteri kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, Wan Sofiza Eliana Wan Yusof meninggal dunia pada pukul 1.05 tengah hari tadi akibat kanser.
Pegawai Khas kepada Nik Muhammad Zawawi, Ahmad Faizudin Mohd Ghawi berkata Wan Sofiza Eliana, 30-an, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Kosas, Ampang, Selangor.
“Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pulau Gajah, Pengkalan Chepa petang ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Melawi, Bachok, pada 10 pagi esok,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, dalam satu hantaran di Facebooknya, Nik Muhammad Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh turut memaklumkan mengenai pemergian isterinya itu.
Semalam, dalam satu hantaran berasingan di laman sosial tersebut, Nik Muhammad Zawawi memohon agar orang ramai mendoakan isterinya yang sedang tenat melawan penyakit kanser.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...