Sorting by

×

MBMB laksana operasi pemindahan barang di tempat awam

Masa Membaca:48 Saat

TELOK MAS 28 Ogos – Satu operasi pemindahan serta pembersihan barangan yang menjadi halangan di tempat awam dilaksanakan di Premis IKS Padang Temu, baru-baru ini.

Tindakan itu dilakukan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bersama Ahli Majlis kawasan berkenaan setelah menerima aduan daripada penduduk sekitar.

Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, sebelum ini Jabatan Penguatkuasaan MBMB telah mengeluarkan notis dan mendapati pihak terlibat mengabaikan semua notis, kompaun dan arahan yang dikeluarkan itu.

“Operasi ini melibatkan kekuatan seramai 15 anggota, barang-barang sitaan telah dibuat pemindahan dan dibawa ke Pejabat Cawangan MBMB untuk proses selanjutnya.

“Barangan selainnya yang dikategorikan sebagai sampah telah dibersihkan oleh pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp),” katanya.

Antara barang dipindahkan seperti mesin basuh (besi buruk), tangki air (rosak), bakul (rosak), peti ais aiskrim (besi buruk), troli (rosak), bilah kipas (besi buruk) televisyen (besi buruk), tong ais (rosak) dan sinki panjang (besi buruk).

Hadir sama, Ahli Majlis kawasan, Dannie Lee serta pihak pengadu.

Views:

321
Kongsi :
Previous post Asal usul Jalur Gemilang
Next post PM sampaikan amanat khas mengenai PKPP 8 malam ini
Ubah saiz-+=