Sorting by

×

Usah terpengaruh provokasi pembangkang – Idris

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

Oleh: FAIZ HASAN

KLEBANG 29 Mei – Perikatan Nasional (PN) perlu lebih bersatu dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan provokasi pembangkang negeri ini yang berniat mahu menghancurkan keutuhan kerajaan hari ini.

Exco Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri, Datuk Seri Idris Haron menegaskan, biarpun ia hanyalah permainan provokasi pihak tersebut namun ia tidak perlu dipandang rendah seolah-olah menampakkan PN adalah rapuh dan mudah dipermainkan.

“Saya anggap ini adalah permainan pembangkang bagi melahirkan provokasi untuk melemah atau memberi persepsi baharu dalam senario politik yang melanda negara dan negeri ini.

“Provokasi berniat jahat ini tidak boleh dipandang rendah dan ia adalah satu unsur bagi memecahbelahkan hubungan parti dalam kerajaan memandangkan diperingkat pusat hanya terdapat 114 kerusi PN yang menjadi impian PH bagi merampas kerajaan hari ini.

“Malah, saya yakin bahawa Melaka adalah salah satu negeri sasaran mereka bagi membina semula kerajaan dengan mahu menarik beberapa wakil rakyat PN untuk menyertai mereka,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di kediamannya, semalam.

Idris mengulas dakwaan sesetengah pihak kononnya beliau akan berpaling kepada Pakatan Harapan (PH).

Beliau memnyifatkan dakwaan itu tidak benar benar sama sekali malah menafikan akan menyertai pakatan berkenaan.

Terdahulu, tular di media sosial baru-baru ini mengaitkan Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang akan dipecat daripada jawatannya itu disebabkan tidak sehaluan dan tidak menyokong pelantikan Speaker DUN yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Bagaimanapun ujarnya, tindakan yang dilakukannya pada Sidang DUN terdahulu adalah bukan satu pemecatan namun ia sebagai cara bagi memudahkan pelantikan Speaker baharu ketika itu.

“Sekiranya berlaku pemecatan, itu sudah pasti beliau yang dinamakan oleh pihak terbabit telah dimaklumkan terlebih dahulu.

“Jika saya nak lompat dah lama saya lompat sejak dulu lagi sewaktu menjadi Ketua Pembangkang tapi saya tidak akan melakukannya,” tegas Idris.

Views:

635
Kongsi :
Previous post Paip pecah: Elak guna laluan Lebuh Ayer Keroh arah MITC
Next post Jemaah sebak dapat tunai solat Jumaat selepas lebih dua bulan
Ubah saiz-+=