Bekas ADUN Rembia meninggal dunia

Masa Membaca:39 Saat

REMBIA 15 Mac – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Norpipah Abdol meninggal dunia pada jam 3.42 pagi tadi.

Allahyarhamah Norpipah yang juga bekas EXCO Hal Ehwal Wanita dan Kesihatan Melaka menghembuskan nafas terakhir di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya.

Berita pemergian Allahyarhamah turut disahkan oleh ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan menerusi catatan Facebook miliknya pagi tadi.

Menurut Fairul Nizam, Allahyarhamah menderita kanser serviks dan disahkan positif ketika menerima rawatan di institut berkenaan.

“Jenazah Allahyarhamah dalam perjalanan dibawa pulang dan akan dibawa terus untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan, Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Ketika hayatnya, Allahyarhamah pernah menyandang jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Alor Gajah dan Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1352
Kongsi :
Previous post Isu peralihan fasa monsun, sumber bahan mentah tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Next post UK: semua sekatan perjalanan COVID-19 tamat hujung minggu ini
Ubah saiz-+=