KPDNHEP Melaka keluarkan kompaun RM18,600 bagi tempoh Januari hingga Mac
AYER KEROH 14 Mac – Kompaun berjumlah RM18,600 kompaun dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
Pengarahnya, Norena Jaafar berkata, jumlah itu membabitkan 123 kes dengan nilai sitaan kira-kira RM1,420.
Katanya bagi tempoh Jan hingga awal Mac pihaknya melakukan pemeriksaan keatas 9,898 premis bagi memastikan segala undang-undang dan akta yang dikuatkuasa dipatuhi.
“Daripada 123 kes itu sebanyak 93 kes diambil tindakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan manakala lima kes dibawah Akta Kawalan Bekalan.
“Sementara itu 17 kesmengikut Akta Timbang Sukat manakala lapan lagi membabitkan kes dibawah Akta Perlindungan Pengguna.
“Berdasarkan statistik juga KPDNHEP berjaya menyelesaikan sebanyak 647 aduan diterima sepanjang tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, bermula Jan hingga semalam, KPDNHEP merekodkan sebanyak 121 aduan yang diterima melalui pelbagai saluran disediakan bagi membantu pengguna.
“Sebanyak 188 kes tuntutan difailkan untuk tindakan lanjut menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan 163 daripada itu berjaya diselesaikan dan 25 sedang dalam siasatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA NELAYAN NYARIS LEMAS BOT TERBALIK DI PANTAI BACHOK
KOTA BHARU 26 November - Tiga nelayan nyaris lemas selepas bot dinaiki mereka terbalik dibadai ombak, kira-kira 200 meter dari...
JBPM TERIMA WATIKAH PELANTIKAN ILB KEBOMBAAN
AYER KEROH 26 November - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) secara rasminya tersenarai sebagai 28 agensi Badan Peneraju Industri...
RAIS SUNTIK SEMANGAT CALON SPM DUN PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 26 November - Peruntukan berjumlah RM21,000 disalurkan Japerun Paya Rumput kepada calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Dewan...
‘TASK FORCE’ BANJIR JELAJAH SEMUA DUN
PAYA RUMPUT 26 November - 'Task force' banjir Melaka akan turun padang dan menjelajah ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)...
MTL: MELAKA DIJANGKA ALAMI BANJIR
AYER KEROH 26 November - Melaka antara negeri yang turut diberikan perhatian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sepanjang...
ANGKA KORBAN AKIBAT LEMAS MERISAUKAN
AYER KEROH 26 November - Orang ramai dinasihat agar mengehadkan aktiviti riadah seperti berkelah atau sebarang bentuk sukan air susulan...