Dua gempa kuat gegar Indonesia Barat

Masa Membaca:32 Saat

JAKARTA, 14 Mac – Dua gempa bumi kuat melanda wilayah Sumatera Utara di barat Indonesia pada pagi Isnin, mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Gempa pertama berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku 4.09 pagi waktu Indonesia Barat dan dirasai dalam tempoh seminit, berlaku pada kedalaman 25 kilometer (km) dengan pusat gempa 161 km dari daerah Nias Selatan.

Nias Selatan yang mempunyai penduduk seramai 364,880 orang, terdedah kepada bencana alam termasuk gempa bumi.

Gegaran susulan bermagnitud 6.0 melanda pada 4.38 pagi turut dirasai di kawasan seperti Padang dan Pariaman.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1127
Kongsi :
Previous post Sulaiman tekad bawa pulang pelaburan RM500 juta dari Expo 2020 Dubai
Next post Pengalihan bongkah batu di runtuhan kuari dihentikan sementara
Ubah saiz-+=