PRN Johor: Ayuh orang muda pilih kerajaan stabil – Abdul Hakim

Masa Membaca:53 Saat

MAHARANI 12 Mac – Suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggap berbeza dengan PRN Melaka pada Nov lalu yang menyaksikan Barisan Nasional menubuhkan kerajaan yang stabil.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah Abdul Hakim Abdul Wahid berkata, antara perbezaan ketara bagi PRN Johor adalah peningkatan jumlah pengundi selepas pelaksanaan UNDI 18 berkuatkuasa.

Beliau yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jentera UMNO Bahagian Masjid Tanah bekerja keras untuk memastikan pengundi muda memilih parti yang stabil.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani adalah kawasan angkat UMNO Bahagian Masjid Tanah, ada dua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dibawah seliaan Ketua Menteri.

“Buat pertama kalinya pengundi muda berusia 18 hingga 21 tahun menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

“Jadi saya amat berharap mereka keluar menunaikan amanah dan membuat pilihan tepat demi memastikan kestabilan politik negeri Johor,” katanya ketika ditemui di Rumah UMNO Bahagian Masjid Tanah, Parit Keroma, Muar hari ini.

Menurutnya, perancangan dan gerak kerja sepanjang dua minggu tempoh berkempen berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2006
Kongsi :
Previous post Hampir 3,000 anak muda terlibat dadah di Melaka
Next post Kes renjatan elektrik: Bedah siasat cari punca kematian suami isteri
Ubah saiz-+=