Bekalan kit ujian kendiri COVID-19 dalam pasaran mencukupi – MMA
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai berkata keperluan bagi melakukan ujian kendiri adalah hanya selepas menghadiri majlis besar, melawat warga emas atau individu yang lemah imun atau yang menunjukkan simptom.
Beliau berkata profesional penjagaan kesihatan sendiri tidak menjalankan ujian kendiri secara harian, melainkan sekiranya ia jelas diperlukan untuk berbuat demikian dalam situasi berisiko tinggi tertentu.
“Disebabkan kebolehjangkitan varian Omicron yang tinggi, jumlah kes positif harian akan meningkat sehingga kita mencapai kemuncak, oleh itu adalah berhemat untuk kita menjaga SOP yang ditetapkan sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata walaupun ketepatan kit ujian kendiri mungkin tidak setanding dengan ujian Kit Ujian Pantas Antigen (RTK Ag) dan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT PCR) profesional, kit ujian kendiri berguna dalam mengesan kehadiran virus pada kes-kes bergejala. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM DISYAKI TERIMA RASUAH RM6,000
PUTRAJAYA 25 November- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada...
PEMANDU MABUK REMPUH SUAMI ISTERI HINGGA MAUT DIDAKWA ESOK
JOHOR BAHRU 25 November - Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan...
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...
MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
AYER KEROH 25 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyelaras dan membina kolam takungan sementara di Bukit Rambai...
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...