Cuaca cerah, pengundi muda DUN Maharani keluar mengundi

Masa Membaca:55 Saat

MAHARANI 12 Mac – Proses membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Satu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) di pusat mengundi berkenaan seawal jam 8.30 pagi mendapati orang ramai mula keluar mengundi bagi memilih calon wakil rakyat di kawasan itu.

PROSES membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Ismail Satu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani berjalan lancar dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Foto Iqmal Haqim Rosman

Keadaan cuaca cerah menyaksikan masyarakat pelbagai lapisan umur keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Setakat jam 10 pagi, dapat dilihat pengundi muda mula beratur untuk ke pusat mengundi terbabit kerana bimbang cuaca bertukar mendung pada sebelah petang.

DUN Maharani melibatkan pertandingan enam penjuru antara Muhammad Hanis Asmui dengan penyandang kerusi itu, Nor Hayati Bachok daripada Pakatan Harapan (PH), empat calon lain iaitu Noor Farah Shamsudin (Barisan Nasional), Abdul Aziz Talib (Perikatan Nasional), Riad Ahmad (Parti Pejuang Tanah Air) dan calon bebas Lim Kim Joo.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1239
Kongsi :
Previous post Ah long kecundang
Next post Bawa ibu naik beca pergi mengundi
Ubah saiz-+=