Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC dijenamakan semula kepada GDRN – Ismail Sabri

Masa Membaca:55 Saat

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Kerajaan hari ini mengumumkan penjenamaan semula Rangkaian Tindak Balas Bencana syarikat berkaitan kerajaan (GLC)/syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) kepada GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) dengan skop yang diperluaskan daripada Jalinan Kemanusiaan sedia ada kepada Jalinan Ilmu dan Jalinan Sejahtera.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan skop baharu korporat ini ini, GDRN akan menerajui usaha Tanggungjawab Sosial Korporat secara lebih selaras dan teratur bagi mengoptimumkan sumber terkumpul GLC dan GLIC), sekali gus memanfaatkan lebih ramai kumpulan B40 dan golongan tumpuan tertentu.

“Kerajaan sedar perlunya potensi rangkaian GDRN ini ditambah baik supaya ia bersifat responsif dan lebih proaktif dalam membina keupayaan dan daya tahan Keluarga Malaysia,” katanya dalam ucapan beliau semasa Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata di bawah skop baharu rangkaian tersebut, Jalinan Ilmu merangkumi biasiswa, peluang dan akses pendidikan serta pembangunan kemahiran insan manakala Jalinan Sejahtera mengutamakan pembinaan kehidupan dari segi menjana pendapatan, membina kemahiran vokasional dan ilmu pengurusan kewangan, serta memastikan kesejahteraan kesihatan dan alam sekitar.-BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

499
Kongsi :
Previous post Dicekup lapan hari selepas samun kedai serbaneka 24 jam
Next post Penempatan ambilan khas 4,828 calon berjaya diumum 18 Mac – KPM
Ubah saiz-+=