Dua ahli Dewan Negara dijadual angkat sumpah 21 Mac

Masa Membaca:27 Saat

KUALA LUMPUR, 11 Mac –  Hanya dua ahli Dewan Negara yang baru dilantik dijadual mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Negara, 21 Mac ini dan bukan lapan seperti dilaporkan semalam.

“Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara memohon maaf atas kekhilafan yang tidak disengajakan. Sebarang kekeliruan dan masalah yang mungkin timbul amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Media yang memetik kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara semalam melaporkan lapan ahli Dewan Negara dijadual mengangkat sumpah pada hari pertama persidangan Dewan Negara.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

756
Kongsi :
Previous post PRN Johor: Pengundi diingatkan patuhi SOP pada hari mengundi esok
Next post Malaysia alami fasa peralihan monsun mulai minggu depan – MetMalaysia
Ubah saiz-+=