Hospital Putra tawar rebat 5 peratus untuk anak Melaka

Masa Membaca:38 Saat

SERI NEGERI 11 Mac – Anak jati Melaka atau individu dengan kad pengenalan kelahiran negeri ini layak menerima rebat sebanyak lima peratus bagi perkhidmatan kesihatan di Hospital Putra.

EXCO Kesihatan negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, penjawat awam berkhidmat di negeri juga layak mendapat manfaat berkenaan.

“Semua ini adalah antara janji yang akan kita tunaikan dalam manifesto 100 hari kerajaan negeri.

“Kepada semua warga Melaka dan penjawat awam wajar memanfaatkan insiatif yang diberikan, ini adalah antara usaha kita menaik taraf sistem kesihatan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi 2 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1265
Kongsi :
Previous post Kit RTK kendiri lebih murah di bawah harga siling akan dipasarkan
Next post Presiden Ukraine: 100,000 orang dipindahkan ke tempat selamat sejak dua hari lepas
Ubah saiz-+=