“Jangan termakan ‘psiko’ Perak” – Zainal
PEMAIN Melaka United diingat agar mengawal mental sepanjang 90 minit aksi di atas padang sewaktu menentang Perak dalam aksi pembukaan semula Liga Super di Stadium Ipoh malam esok.
Pengendalinya Zainal Abidin Hassan berkata, perlawanan berkenaan disifatkan sangat penting untuk membantu skuad Hang Tuah keluar dari zon penyingkiran, justeru, beliau enggan pemainnya termakan corak permainan psikologi yang cukup sinonim dengan pasukan tuan rumah.
“Pemain-pemain saya mempunyai motif untuk bermain bola sepak dan mendapatkan kejayaan di sana.
“Jadi, saya harap pemain-pemain ada mental yang kuat untuk bermain di Perak, sekali gus membawa pulang mata untuk memberi semangat kepada pasukan menghadapi baki perlawanan yang seterusnya,” katanya ketika ditemui di sesi latihan terakhir yang berlangsung di Stadium Hang Tuah, semalam.
Mengulas lanjut, Zainal mengakui sudah mendapat bayangan kesebelasan terbaik yang akan diturunkan dalam perlawanan tersebut.
“Bayangan itu memang sudah ada. Cuma sekarang saya mempunyai lebih daripada 11 pemain yang menunjukkan keinginan untuk beraksi dalam kesebelasan utama.
“Bagi saya ini sesuatu yang baik kerana tiap-tiap pemain mahu merebut tempat untuk membantu pasukan,” katanya lagi.
Views:
Related
Berita Lain
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...
MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
AYER KEROH 25 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyelaras dan membina kolam takungan sementara di Bukit Rambai...
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...
PELAJAR TINGKATAN LIMA MAUT, DUA LAGI CEDERA
BANDARAYA MELAKA 25 November - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Lima maut, selepas terjatuh daripada motosikal ditunggang sebelum dirempuh sebuah lagi...
GURU DIKHUATIRI LEMAS: OPERASI SAR BERSAMBUNG
KUANTAN 25 November - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang guru penolong kanan kokurikulum yang dikhuatiri lemas ketika memancing di...