PM ajak semua pihak doakan mangsa tanah runtuh di Ampang dapat diselamatkan

Masa Membaca:44 Saat

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak seluruh rakyat Malaysia agar sama-sama mendoakan mangsa-mangsa yang masih dicari dalam kejadian tanah runtuh di di Taman Bukit Permai 2, Ampang dapat diselamatkan.

Dalam kenyataan ringkas di laman Facebook, Ismail Sabri berkata beliau mendapat berita sedih mengenai kejadian tanah runtuh itu yang mengakibatkan empat mangsa dipercayai tertimbus, membabitkan 15 rumah dan 10 kenderaan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melakukan kerja-kerja menyelamat secara pantas dan dalam usaha mencari mangsa,” katanya.

Bagaimanapun, dalam berita yang dikemas kini kemudian, pihak berkuasa berkata dua mangsa diselamatkan sementara tiga lagi dikhuatiri masih tertimbus.

Tinjauan Bernama di lokasi ketika ini mendapati pasukan penyelamat yang terdiri daripada bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Sukarelawan Rakyat sedang sibuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan masih belum ditemukan.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

718
Kongsi :
Previous post 33 mangsa banjir di Jasin masih belum pulang
Next post Bekas CEO Bursa Malaysia, Yusli Mohamed Yusoff meninggal dunia
Ubah saiz-+=