Tokong Gua Kelawar musnah dalam kebakaran
GEORGE TOWN, 10 Mac – Tokong Gua Kelawar berusia 200 tahun di Jalan Pokok Ceri, Air Itam di sini musnah dalam kebakaran awal hari ini.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang Mohamad Helmi Ismail berkata jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong digegaskan ke lokasi kejadian sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.25 pagi.
“Anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal kebakaran sebelum api berjaya dipadam sepenuhnya pada 1.49 pagi.
“Kebakaran telah memusnahkan kira-kira 90 peratus tokong berkeluasan 2,000 kaki persegi tersebut. Kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan puncanya sedang disiasat,” katanya yang dihubungi hari ini.
Beliau berkata operasi pemadaman itu melibatkan lebih 50 pegawai dan anggota termasuk dibantu BBP Jalan Perak, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bendera, PBS Paya Terubong, PBS Kampung Pisang, PBS Bagan Ajam serta pihak Tenaga Nasional Berhad.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PENJAWAT AWAM DITAHAN SPRM DISYAKI TERIMA RASUAH RM6,000
PUTRAJAYA 25 November- Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM6,000 daripada...
PEMANDU MABUK REMPUH SUAMI ISTERI HINGGA MAUT DIDAKWA ESOK
JOHOR BAHRU 25 November - Lelaki disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh pasangan suami isteri hingga maut dalam kemalangan...
LELAKI TULAR ANIAYA KUCING DITAHAN
KUALA LUMPUR 25 November - Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap...
MBMB GUNA PERUNTUKAN DALAMAN BINA KOLAM TAKUNGAN SEMENTARA BUKIT RAMBAI
AYER KEROH 25 November - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menyelaras dan membina kolam takungan sementara di Bukit Rambai...
604 DITAHAN, RM87.03 JUTA BARANGAN DIRAMPAS KPDN
ALOR GAJAH 25 November - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menahan 604 individu selain merampas barang...
KEBERADAAN PENGUAT KUASA KPDN DIPERTINGKAT
ALOR GAJAH 25 November - Keberadaan atau 'omnipresence' jentera penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)...