PRN Johor: Cuaca diramal cerah sebelah pagi – MetMalaysia

Masa Membaca:38 Saat

JOHOR BAHRU, 10 Mac – Cuaca di seluruh negeri pada waktu pagi pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini diramalkan cerah, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan maklumat di laman web MetMalaysia, ribut petir pula dijangka berlaku pada sebelah petang di tujuh daerah iaitu Johor Bahru, Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Kulai.

Suhu sepanjang hari berkenaan diramal 23 hingga 33 darjah Celsius.

Seramai 239 calon bertanding pada PRN Johor di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Seramai 2,539,606 pengundi biasa daripada 2,597,742 pengundi berdaftar, layak mengundi pada Sabtu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya turut menasihatkan pengundi supaya keluar mengundi mengikut masa yang dicadangkan seperti tertera dalam aplikasi MySPR Semak.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

736
Kongsi :
Previous post TMJ akan taja kos pertukaran rumput Zeon Zoysia di Stadium Nasional
Next post Naik bas percuma ke lokasi pelancongan Melaka sehingga Mei
Ubah saiz-+=