
Banjir: 449 mangsa di Selangor, Johor dan Melaka dipindahkan ke PPS
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Seramai 449 mangsa daripada 120 keluarga di Johor, Melaka dan Selangor dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir setakat 8 pagi ini.
Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) pada jam 8 pagi ini, yang dimuat naik di Facebook rasminya, 202 mangsa daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang dibuka semalam di Kluang, Johor.
Tiga PPS di Kluang adalah Dewan Kolam Air, Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kenchana dan SK Sungai Linau manakala di Melaka, ia melibatkan daerah Jasin dengan seramai 40 individu daripada 11 keluarga dipindahkan di PPS SK Parit Penghulu, yang dibuka Selasa (8 Mac).
Sementara itu, di Selangor, seramai 207 individu daripada 55 keluarga di daerah Kuala Langat dan Sepang, dipindahkan ke empat PPS yang beroperasi.
Kesemua PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Serdang, Balai Raya Kampung Orang Asli Bukit Tadom, Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang dan SK Kota Warisan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TUKANG GUNTING RAMBUT MAUT MOTOSIKAL TERBABAS
MERLIMAU 23 April - Tukang gunting rambut maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Jalan Melimau - Jasin, malam...
DASAR MESRA PENIAGA DI MELAKA BUKAN RUANG AMBIL KESEMPATAN
AYER KEROH 23 April - Peniaga di sekitar Bandaraya Melaka diingatkan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang tindakan...
MELAKA WUJUDKAN PUSAT INKUBATOR, GALAK USAHAWAN HASILKAN PRODUK SENDIRI
AYER KEROH 23 April - Melaka bakal meraih satu lagi pencapaian dalam landskap keusahawanan menerusi penubuhan sebuah pusat inkubator pada...
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...