Sorting by

×

‘Pemimpin perlu guna akal sebelum bercakap’ – Kalsom

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDA HILIR 9 Mac – “Ya memang dia ada hak untuk bercakap, tapi gunakanlah akal, kedudukan profesion dia sebagai seorang ‘lawyer’ (peguam),” kata EXCO Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Kalsom Noordin.

Beliau berkata, demikian ketika mengulas mengenai perbuatan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang mengeluarkan kenyataan kesat menggelar UMNO sebagai musibat .

Menurutnya, tindakan Mas Ermieyati itu dianggap sebagai tidak waras, kerana tidak mampu menahan emosi dan amarah semasa berucap dihadapan khalayak ramai.

“Kadang-kadang kita sudah tak boleh tahan emosi, kita kena ingat asal usul kita siapa, selalunya orang yang bercakap begitu sebenarnya itu diri dia sendiri.

“Hanya orang yang abnormal (tidak waras) sahaja boleh bercakap benda-benda macam itu di khalayak ramai dalam kedudukan dia sebagai seorang pemimpin.

“Saya kesal..saya kata Ya Allah kenapa boleh jadi macam ini boleh jadi buta mata, buta hati untuk menilaikan seseorang dengan perkataan begitu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka bertemakan ‘Saksama Bersama’ di pusat beli-belah Dataran Pahlawan di sini, hari ini.

Baru-baru ini Mas Ermieyati mengeluarkan kenyataan menggelar UMNO sebagai musibat ketika berucap pada Majlis Santai Bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kompleks PAS Batu Pahat.

Ahli Parlimen Masjid Tanah itu mendakwa UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi dalang yang mencetuskan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Katanya, UMNO juga gagal memberi sumbangan signifikan selepas menang PRN Melaka kecuali berjaya menukarkan nama Bukit St Paul kepada Bukit Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1077
Kongsi :
Previous post Fasa peralihan endemik: kerajaan terus lindungi rakyat, perlukan solidariti komuniti
Next post 3,200 lot tanah untuk generasi kedua Felda di Johor – PM
Ubah saiz-+=