
SPRM Sabah tahan bekas pengarah minta, terima rasuah RM1.2 juta
KOTA KINABALU, 9 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang bekas pengarah sebuah jabatan kerajaan negeri kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah kira-kira RM1.2 juta membabitkan kerja-kerja perkhidmatan daripada dua syarikat.
Sumber memberitahu lelaki berumur lingkungan 50-an itu ditahan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Suspek yang kini berkhidmat dengan sebuah agensi kerajaan lain disyaki menerima habuan itu sebagai balasan memberi projek perkhidmatan penundaan antara 2017 hingga 2018.
Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi pemberita mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
“Suspek dijangka dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dalam masa terdekat,” katanya.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...