
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa negeri
KUALA LUMPUR, 9 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 3 petang hingga 7 malam ini.
Amaran yang dikeluarkan pada 1.15 tengah hari itu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Perak (Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim); Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat); Jelebu, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Amaran sama dikeluarkan sehingga pukul 5 petang ini bagi Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Limbang.
Sementara itu, amaran MetMalaysia yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan hujan lebat berterusan peringkat buruk sehingga esok (10 Mac) di Sabah melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.
Amaran hujan berterusan peringkat waspada turut dikeluarkan bagi kawasan di pantai barat Sabah. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RUMAH TRANSIT JADI TEMPAT BERTEDUH SEMENTARA, SUSUN SEMULA KEHIDUPAN
SERKAM 23 April - Rumah Transit Rimbunan Kasih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bukan sekadar menjadi tempat berteduh sementara,...
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...