Foodbank Yayasan DMDI terima sumbangan barang makanan

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 8 Mac – FoodBank Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) menerima sumbangan barangan makanan daripada konsortium anak-anak Melayu/Bumiputera Kuala Lumpur, semalam.

Pengurus Besar Yayasan DMDI, Datuk Wira Zainal Hussin berkata, sumbangan itu atas sifat kesepakatan dan semangat ingin membantu golongan memerlukan di negeri ini.

“Antara barangan makanan tersebut adalah makanan dalam tin (sardin), air mineral dan sarung tangan.

“Semua barangan ini disumbangkan Patriot Venture Sdn.Bhd, Gerakan Belia 4B Selayang, Glovemas Sdn Sdn, Floria By Shayra dan Cetak Gempak Media Services Sdn Bhd.

“Tidak ketinggalan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Melaka turut memberikan sumbangan,” katanya kepada MHI.

Hadir sama Naib Pengerusi DMDI, Prof Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin; Pengurus Besar Sekretariat DMDI, Hazelen Talib serta Setiausaha Kerja DMDI Malaysia, Datuk Abdul Rahim Abu.

Zainal berkata, barangan tersebut akan diagihkan dengan segera kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“DMDI menzahirkan terima kasih kepada semua penyumbang atas kesudian memberikan sumbangan ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1583
Kongsi :
Previous post UHUD KPMBM santuni asnaf Pulau Tuba
Next post Warga emas maut kereta terjunam dari jambatan
Ubah saiz-+=