
‘Kami tunggu pelancong luar negara datang Melaka’
AYER KEROH 9 Mac – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Melaka menyambut baik pengumuman kerajaan membuka kembali pintu sempadan negara bermula 1 April depan.
Presidennya, Goh Hock Gin berkata pengumuman itu nyata memberi kelegaan buat pemain industri pelancongan yang telah lama menunggu kehadiran pelancong dari negara luar.
“Terima kasih kerajaan…memang kita mengalu-alukan kedatangan pelancong luar negara, sudah lama kita tunggu pengumuman ini.
“Kita dah lama bersedia dan tunggu kehadiran mereka di Melaka, tapi kena lihat juga penerbangan mereka sebab ada negara yang masih belum dibuka sempadan.
“Kita harap pelancong dari Indonesia, Vietnam, Thailand dan Singapura akan datang ke Melaka, kerana hampir 50 peratus dari empat tempat ini adalah yang sering berkunjung ke negeri ini,” katanya ketika dihubungi MHI.
Ujarnya, pengunjung bagaimanapun tidak perlu merasa risau kerana segala prosedur operasi standard (SOP) yang ketat telah dirancang.
“Biarpun di Melaka kes COVID-19 tinggi, kita sudah bersedia dengan segala SOP, jadi pelancong tidak perlu rasa takut.
“Kalau sempadan dah buka, lepas ini memang Melaka akan padat dengan kehadiran pelancong,” katanya lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...