Sambutan merdeka berskala kecil

Masa Membaca:49 Saat

AYER KEROH 26 Ogos – Kerajaan negeri menegaskan sambutan Bulan Kebangsaan di negeri ini diraikan dalam skala kecil selaras dengan usaha menangani pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, ia bagi memastikan masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Memang ada sambutan hari kebangsaan ini, hari kebangsaan kalau kita lupakan nanti apa yang akan jadi pada masa akan datang.

“Walaupun dalam keadaan norma baharu, ia perlu disambut dengan mematuhi apa yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka tapi dengan skala kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Seminar Melaka Rumahku Maju Jaya di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Jelasnya, bagaimanapun tiada sebarang perbarisan diadakan pada sambutan kemerdekaan kali ini.

“Keesokkan harinya hanya sambutan menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, sedikit sayembara, sajak dan sebagainya. Tiada perarakan secara besar-besaran yang dilakukan,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan serta barisan EXCO kerajaan negeri.

Views:

287
Kongsi :
Previous post Laksana dasar pembangunan negeri meliputi 11 portfolio
Next post Malindo Air dijangka mula operasi Oktober ini
Ubah saiz-+=