
Messi mahu tinggalkan Barcelona
MADRID 26 Ogos – Bintang bola sepak Lionel Messi dilaporkan akan meninggalkan kelab Barcelona FC meskipun masih mempunyai klausa pelepasan bernilai 700 juta euro dalam kontraknya.
Menurut Agensi Berita Xinhua, memetik berita disiarkan saluran televisyen Argentina, TyC Sports dan media Sepanyol, Messi sudahpun menghantar surat menerusi faks ke kelab berkenaan untuk memaklumkan hasratnya itu.
Akhbar ‘El Mundo Deportivo’ yang berpangkalan di Barcelona melaporkan kelab itu dikatakan sudah menerimanya namun, klausa yang membolehkannya meninggalkan kelab itu secara percuma tamat pada 10 Jun.
Bagaimanapun, penyerang itu percaya ia tidak relevan kerana kempen Barca hanya berakhir pada 14 Ogos selepas tersingkir dari Liga Juara-Juara apabila ditundukkan Bayern Munich dengan jaringan 8-2.
Stesen radio Onda Cero pula melaporkan Messi tidak berhasrat untuk menjalani ujian PCR yang diatur kelab itu menjelang latihan pramusim di bawah jurulatih baharu Ronald Koeman.
Penyerang yang setakat ini sudah beraksi dalam 737 perlawanan dan menjaringkan 634 gol bersama kelab itu dikatakan ragu mengenai masa depannya di Camp Nou.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...
POLIS MELAKA KOMITED BANTERAS SINDIKET MINTA SEDEKAH, JUAL KEREPEK
AYER KEROH 21 April - Polis Melaka komited membanteras sindiket meminta sedekah dan menjual kerepek khususnya di kaki lima bank...
JALAN BAHARU TAMBAK PAYA KE LEBUH AMJ STRATEGI PENYURAIAN TRAFIK
AYER MOLEK 21 April - Jalan pintas baharu dianggarkan sejauh tiga kilometer (km) menghubungkan Tambak Paya dan Lebuh Alor Gajah-Melaka...
MELAKA REKOD 666 KES PENIPUAN DALAM TALIAN, KERUGIAN RM19.52 JUTA
REMBIA 21 April - Melaka merekodkan kerugian berjumlah RM19.52 juta yang melibatkan 666 kes penipuan dalam talian bagi tempoh 1...
AMENG SPRING BAKAL MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN TABOH NANING
TABOH NANING 22 April - Penyanyi lelaki popular, Ameng Spring bakal memeriahkan lagi sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri...