‘King’ terbang atas pokok

Masa Membaca:54 Saat

ALOR GAJAH 7 Mac – Sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita terbabas sebelum tersangkut pada pokok dalam kejadian di Jalan Alor Gajah, berhampiran Kompleks Rakan Muda, di sini, jam 8.25 pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa berusia 30-an sedang dalam perjalanan dari Paya Rumput ke tempat kerjanya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Aminuddin Baki Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

PERODUA Myvi yang tersangkut pada pokok.

“Setibanya di lokasi kejadian bomba mendapati terdapat sebuah Perodua Myvi tersangkut pada pokok namun pemeriksaan mendapati tiada mangsa di dalamnya selain difahamkan pemandu ada mengalami kecederaan.

“Kami diberitahu mangsa seorang wanita sudah keluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan bomba kemudian melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang kemerbahayaan atau bateri kenderaan pecah,” katanya.

Menurutnya, selepas memastikan keadaan selamat, pasukan bomba turut membantu menebang pokok bagi memudahkan kerja mengalihkan Perodua Myvi terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2418
Kongsi :
Previous post Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak tarikh pembukaan sempadan negara
Next post Gagal tunai manifesto? tunggu Jumaat ini – KM
Ubah saiz-+=