Melaka benarkan solat Tarawih di semua masjid, surau

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BUKIT KATIL 6 Mac – Melaka membenarkan solat Tarawih di 185 masjid dan 170 surau seluruh negeri namun prosedur operasi standard (SOP) solat tersebut masih belum ditetapkan lagi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Che Sukri Che Mat berkata, SOP solat Tarawih akan dikeluarkan pekelilingnya seminggu sebelum Ramadan.

Katanya, SOP solat Tarawih masih diperingkat perbincangan dan akan diputuskan selepas meneliti situasi semasa pandemik COVID-19.

“SOP solat Tarawih akan dikeluarkan seminggu sebelum Ramadan, namun apa yang saya nak tekankan kita masih lagi mengekalkan amalan memakai pelitup muka dan scan MySejahtera.

“SOP baharu sedang dibincangkan lagi, dan ketetapan akan dibuat menerusi Mesyuarat EXCO akan datang, kerana kita jangka dalam seminggu dua ini peningkatan kes akan berlaku, jadi melihat pada situasi semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Pasca Perkahwinan Cinta Penghujung Senja di sini, hari ini.

CHE Sukri

Che Sukri juga berkata, segala jamuan dan aktiviti masjid sepanjang Ramadan juga bergantung kepada pekeliling yang akan dikekularkan nanti.

Dalam perkembangan lain, Che Sukri memaklumkan bagi solat berjemaah di masjid dan surau ketika ini, SOP sedia ada masih terpakai.

Namun, pihaknya menyarankan mereka yang dikesan kontak rapat kepada individu positif COVID-19 untuk tidak hadir ke masjid.

Ujarnya, hal itu bagi mencegah berlakunya kluster membabitkan rumah ibadat khususnya masjid dan surau di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2096
Kongsi :
Previous post Vaksin Sinovac untuk kanak-kanak mulai esok di PPV terpilih
Next post Ramai pasangan kahwin muda di Melaka bercerai, terbabit keganasan rumah tangga
Ubah saiz-+=