Hampir 40 rumah di Jelebu terjejas banjir kilat
SEREMBAN, 6 Mac – Hampir 40 rumah di Kampung Simpang Durian, Kampung Mentaus dan Kampung Jerang di Jelebu dekat sini terjejas banjir kilat berikutan hujan lebat kira-kira pukul 7.20 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Md Nor berkata hujan lebat selama dua jam menyebabkan air Sungai Triang, Juntai melimpah dan memasuki rumah penduduk hingga mencecah paras lutut.
“Rumah yang berdekatan sungai dan kawasan rendah menyebabkan air naik dengan cepat namun keadaan tidak kritikal. Hujan lebat reda pada 9.45 malam dan hujan renyai hingga tengah malam.
“Paras air paling tinggi naik hingga 0.5Â meter di beberapa kawasan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka dan air surut sepenuhnya sekitar 7Â pagi tadi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 50 anggota termasuk APM, bomba dan polis digerakkan ke lokasi bagi memantau keadaan termasuk mengalihkan barang di rumah mangsa ke tempat selamat.
Menurutnya kejadian berkenaan adalah kali pertama berlaku pada tahun ini di kawasan itu, selepas kawasan sama dinaiki air Disember lepas dan pihaknya sentiasa bersiap siaga sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MCORP SEDIA JAYAKAN WTD 2025
BANDARAYA MELAKA 16 November - Sebagai antara peneraju pembangunan negeri, Perbadanan Melaka (MCORP) mahu memanfaatkan penganjuran World Tourism Day 2025...
MPAG TINGKAT KECEKAPAN PENGURUSAN PERBANDARAN
ALOR GAJAH 16 November - Delegasi Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor...
SEMANGAT SETIA KAWAN ANTARA KAUM AKAN TERUS DIPERKUKUH
TANJUNG BIDARA 16 November - Semangat setiakawan antara kaum wujud sejak zaman kemerdekaan akan terus diperkukuhkan bagi memastikan kestabilan dan...
DOA IBU BAPA, GURU PELENGKAP IKHTIAR GAPAI KECEMERLANGAN – KM
TANJUNG BIDARA 15 November - Doa ibu bapa dan guru dianggap sebagai pelengkap kepada segala usaha bagi setiap anak-anak yang...
KETUA MENTERI SANTUNI CALON UPKK DAN SPM DUN TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 15 November - Seramai 464 calon Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disantuni Ketua...
REMAJA PEREMPUAN HILANG SABTU LEPAS DITEMUKAN SELAMAT
KUANTAN 15 November - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Kampung Paya Chedung, Maran Sabtu lepas...