
Raja Muda Perlis dilantik semula Canselor UniMAP
ARAU, 6 Mac – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dilantik semula sebagai Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berkuasa berkuat kuasa dari 13 Dis lepas hingga 12 Dis 2028.
UniMAP dalam kenyataan semalam memaklumkan perisytiharan itu telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 20 Dis lepas.
Menurut kenyataan itu, watikah tersebut dipersembah kepada baginda oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Raja Datuk Azwane Raja Ariff dan Naib Canselor UniMAP Profesor Ts Dr Zaliman Sauli bagi mewakili Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad di Bilik Canselor, Canselori Tuanku Syed Sirajuddin, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra semalam.
Untuk rekod, Tuanku Syed Faizuddin dilantik sebagai Canselor Pertama Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-12 Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 1 Sept 2003, sebelum universiti itu dijenamakan semula sebagai UniMAP. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JENAZAH PAK LAH DIBAWA KE MASJID NEGARA PAGI ESOK
KUALA LUMPUR, 14 April - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad...
TUN ABDULLAH MENINGGAL DUNIA
KUALA LUMPUR, 14 April - Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada...
PETUGAS SEKOLAH HILANG, ANAK PEREMPUAN LEMAS SELEPAS KERETA DIHANYUTKAN ARUS DERAS
MIRI 14 April - Seorang pembantu pengurusan murid Sekolah Kebangsaan Long Jekitan di Baram dekat sini hilang, manakala anak perempuannya...
KERTAS SIASATAN KES BULI PELAJAR MRSM DIHANTAR KE TIMBALAN PENDAKWA RAYA
KEPALA BATAS 14 April - Kertas siasatan berhubung kes sekumpulan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Nibong Tebal di...
SUSPEK KES CULIK REMAJA 16 TAHUN MAUT DITEMBAK DI KLANG
SHAH ALAM 14 April - Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes culik membabitkan remaja berusia 16 tahun maut dalam kejadian...
PENIAGA BURGER DIPENJARA TUJUH BULAN KERANA LARIKAN GADIS OKU
MELAKA 11 April - Seorang peniaga burger dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini,...