Sorting by

×

Audi terbakar lepas terbabas langgar pokok

Masa Membaca:44 Saat

SERKAM 5 Mac – Sebuah kereta jenis Audi terbakar selepas terbabas dan melanggar pokok di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dari arah Serkam ke Bandaraya Melaka, malam tadi.

Pemandu kereta itu bagaimanapun terselamat selepas berjaya keluar daripada kenderaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 8.44 malam tadi.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Merlimau digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.52 malam.

“Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kebakaran melibatkan kenderaan mewah itu dipercayai berpunca daripada kemalangan.

“Terdapat seorang pemandu terselamat dan operasi pemadaman segera dijalankan ke atas kereta yang 70 peratus terbakar itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Jurucakap itu berkata, operasi tamat pada jam 9.25 malam dan anggota pulang ke balai selepas memastikan keadaan selamat di lokasi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1061
Kongsi :
Previous post PRN Johor: Pemberian vaksin COVID-19 tidak wajar jadi bahan kempen
Next post Batak Newspapers in Colonial Sumatra: Tiger Sightings, bangso Batak and Narrating the ‘Modern’
Ubah saiz-+=