
Sebahagian jalan di Bukit Senjuang ditutup sementara
BANDARAYA MELAKA 5 Mac – Sebahagian jalan di Bukit Senjuang, di sini, akan ditutup kepada lalu lintas secara berperingkat pada 7 hingga 8 Mac ini.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dalam satu kenyataan berkata, penutupan itu adalah bagi tujuan kerja-kerja menaiktaraf ‘box culvert’ serta kerja-kerja lain yang berkaitan mulai jam 12 tengah malam hingga 5 pagi pada tarikh berkenaan.
Jelas MBMB, pihaknya juga akan menempatkan pengawal trafik untuk mengawal aliran trafik beserta papan-papan tanda pemberitahuan ditapak sebagai panduan dan keselamatan pengguna jalan raya.
“Orang awam serta pengguna jalan raya bolehlah merujuk Pelan Pengurusan Trafik yang telah disediakan untuk penggunaan jalan alternatif jika perlu.
“Sehubungan dengan itu, kami berharap agar semua pengguna jalan raya mematuhi tanda arah dan papan tanda keselamatan yang telah disediakan.
“Kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak amatlah diharapkan. Sebarang kesulitan amatlah dikesali,” kata kenyataan itu.
MBMB memaklumkan, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung dengan Jabatan Kejuruteraan MBMB di talian 06-2859875.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
POLIS TERIMA 13 LAPORAN BERKAITAN ILUSTRASI JALUR GEMILANG TIDAK LENGKAP
KUALA LUMPUR 16 April - Polis menerima 13 laporan berhubung sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang menyiarkan ilustrasi Jalur Gemilang...
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...